Wow,setelah aku membaca blog2 yg lepas,aku berasa seperti sedikit terkesima dengan apa yang aku sampaikan..mesti perasaan aku semasa tuh mencapai kepekatan 105.6%.Beberapa hari yang lepas,aku belajar yang The Creator answers all du'a,tapi ade 3 kategori.Kategori pertama,when someone asks/make du'a,He answers and He gives.Kategori kedua,He answers,but He delays ,for a better gift(i.e Hereafter).Kategori ketiga,He answers but He doesnt give(i.e it could harm that person).Secara refleksinya,aku teringat semasa aku berumur 14tahun,hahahhahahhaha,aku pernah berdoa untuk menjadi sailormoon,perajurit yang dapat menyelamatkan dunia demi cinta dan keadilan!!hahhahahahhahhahahhahahhaha.Aku terasa lawak dengan permintaan permintaan aku yang pelik dan mungkin masih pelik.entah lah.But,definitely dua' aku tuh jatuh dalam kategori ketiga!!
Tapi,aku rasa cita2 aku mase era tersebut,memang nak jadi hero.Nak jadi yang macam menyelamatkan dunia.Di saat era2 yang terakhir pon aku suka ngan lagu superman-five for fighting(walaupun lagu tuh takde kaitan ngan selamatkan dunia).Aku secara samar2,masih ingat,masa era sekolah rendah,aku telah bergaduh dengan pembuli2 yang telah membuli rakan2 sekelasku.Aku tidak hiraukan keadaan yang akan memburukkan aku,tapi aku telah bertekak dengan teruknya.Itu je bukti yang aku ingat.Aku tak ingat lagi ape2 benda lain yang aku selamatkan orang.Hahahha.Oh,lagi satu aku rasa aku akan membuat muka yang bengis dan tegas apabila org2 yang takde kaitan cuba untuk mengganggu either aku atau kroni2 aku.Sebab aku x dapat belajar martial art sepenuhnya,ataupun kuasa2 sailormoon takde dalam diri aku,kalau tak,seharusnya aku dah gunakan segala kekuatan aku untuk membasmi kekejaman.
Tapi,setelah dikaji selama 6.3 minit,aku rasa,punca utama aku nak jadi hero ialah sebab aku telah dibuli,sejak aku di bangku sekolah.Aku pernah dituduh sebagai gila semasa berumur 12 tahun.Lebih kurang umur 11 tahun jua,seorang pelajar atasan telah menipu aku dan kawan2 aku dengan duit kami lalu dia telah mengenjoykan dirinya dengan aiskrim.Semasa 11 tahun juga,aku telah dimarahi oleh seorang cikgu,dituduh bising2 dalam kelas,padahal semua org bising,dan dalam masa yang sama dia menyalahkan aku memakai tudung.(ape kaitan?)Aku juga dibuli dengan gilang gemilangya dari segi mengejek nama aku,nama bapak aku,nama mak aku.Kalau nama datuk nenek moyang aku diorang tahu,pun pasti akan diejek jua.Aku pernah juga dibuli oleh segerombolan budak2 lelaki yg menaiki basikal semasa aku balik dari sekolah agama di petang hari sehingga menyebabkan aku trauma.Walaupun aku anak sulung,aku jua telah dibuli oleh adik2 ku dulu.Mungkinkah pembulian ini menyebabkan aku pengsan selama 7 kali pada masa yang berlainan antara umur 12 tahun ke 13 tahun.What the heck??
Peliknye..sebab tuh aku rasa kekejaman ini bermula daripada pembulian di sekolah.Aku mcm decide kalau aku ada anak aku nak homeschool anak2 aku dan jadi hero kepada mereka at least,tak mungkin kepada the whole world,tapi takpela.Yeeha!!!!!!!Me against violence.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
knape xde pasal arthur hah?
aku nk komen. asal ko mcm suka kt arthur haa? aku risau la. ko ni ada tendensi suka kt org pelik. jgn la kawin ngan org bukan melayu...
aku nak chatbox jgk.... xkan bnda x berkaitan aku nk tulis kt sini.
btw, makin lawa siot blog ko. nk bertanding ngan aku ke?
betulla nuha..aku bukan suka org pelik...aku suka org yang mempunyai 'value' yg tersendiri..aku suka je arthur..bukan nak kahwin ngan die pon...lawa ke blog aku??bestnye!!!yeeha!!!!
Post a Comment